T
Terima kasih pihak Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) kerana memilih MAFIZ sebagai tuan rumah untuk pelancaran Gerakan Pertanian Al-Falah (GEPA) Pondok dan Tahfiz peringkat Negeri Kelantan bagi sesi 2022/2023.
Insya-Allah program ini seiring dengan matlamat MAFIZ untuk melahirkan huffaz al-Quran yang mahir dalam bidang al-Quran dan kemahiran.
Kemahiran yang sedang diterapkan kepada pelajar MAFIZ adalah kemahiran dari sudut hidroponik dan fertigasi secara sistematik.